Sabtu, 17 April 2010

Koleksi Tafzir Fi Zilail Quran oleh Sayyid Qutb

Salah Faham Terhadap Pemikiran Sayyid Qutb

lnilah penjelasan yang amat penting untuk pembaca Tafsir Fi Zilal dan buku-buku karangan asy-Syahid Sayyid Qutb yang lain yang kami petikkan sebahagiannya dan muqaddimah buku "التروصلاسلاايﻲهتاموقمو" bahagian yang kedua dari bukuيﻲهتاموقمو" "خصصئاiaitu karangan-karangan akhir beliau sebelum buku "معامﻢيﻲارطلقي" . Muqaddimah ini ditulis oleh saudara beliau penulis Islam terkemuka di akhir abad ini iaitu al-Ustaz al-kabir Muhammad Qutb1 dan dalam muqaddimah ini beliau telah mendedahkan beberapa salah faham yang ditimbulkan oleh pembaca-pembaca yang tidak menghayati karangan Sayyid Qutb secara menyeluruh atau membacanya secara tebuk-tebukan di sana sini lalu membuat kesimpulan-kesimpulan yang gopoh dan zalim yang mencemari persepsi beliau yang sebenar tanpa usaha menyelaras dan mensepadukannya dengan keterangan-keterangan beliau yang lain di tempat-tempat yang lain untuk mendapatkan satu persepsi yang betul yang dikehendaki beliau atau salah faham dan fitnah yang sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh Islam yang begitu ghairah semasa hayat beliau untuk menghapuskan beliau dan memburuk-burukkan pemikiran Islamiyahnya yang tegas dan murni. Semoga muqaddimah ini menjadi garis panduan yang penting kepada para pembaca apabila menemui sesuatu ungkapan dalam Fi Zilal atau lainnya yang sekali imbas mendorong ke arah kesimpulan-kesimpulan yang melulu. Dengan pembacaan dan penelitian yang sedemikian hemat dapat menghindarkan pembaca dan kemungkinan-kemungkinan terperangkap dalam tompokan tompokan buih yang tidak dimaksudkan yang terjana dalam curahan arus pemikiran Sayyid Qutb yang begitu meluas dan mendalam. — Penterjemah


“Satu perkara lagi yang saya kemukakan sebagai jawapan kepada sahabat-sahabat saya yang bertanya dan membuat cadangan itu, iaitu saya selama lamanya telah bersumpah ketika mengulangi cetak buku-buku karangan saudara saya bahawa saya akan mengekalkan segala isi kandungannya sebagaimana asalnya tanpa sebarang tambahan, potongan dan penerangan agar para pembacanya dapat membaca sebagaimana yang ditulis sendiri oleh beliau tanpa sebarang pindaan, walaupun di sana pada pandangan setengah orang terdapat ungkapan-ungkapan yang memerlukan pindaan dengan dipotong atau ditambah atau diulas atau dinotakakikan dan walaupun setengah setengah orang itu sendiri sibuk menimbulkan setengah-setengah isu yang sebenamya tidak wujud seperti (mengatakan beliau terpengaruh dengan) isu kesatuan kewujudan atau "دوجولاةدحو"
1 Di antara karangan beliau yang telah saya terjemahkannya ke bahasa ibunda ialah “Salah
Faham Terhadap Islam” dan “Memahami Jiwa Manusia Menurut Perspektif Islam”.





Sebenarnya di dalam Tafsir Fi Zilal memang terdapat ungkapan-

ungkapan yang menimbulkan salah faham pembaca yang mengambil
ungkapan-ungkapan itu sahaja selaku ungkapan yang selalu digunakan oleh

pendokong-pendokong konsep "جولاةدحوود" . Tetapi bagi pengkaji yang
saksama apabila menemui lebih daripada satu tempat dalam Tafsir Fi Zilalil
Qur’an ungkapan-ungkapan yang terang dan tegas yang menunjukkan
bahawa pengarangnya beriman bahawa Allah berlainan dari makhluk
makhluk-Nya dan di sana tiada wang untuk dicampuradukkan di antara
Khaliq dan makhluk di dalam rnana-mana sifat dan sifat-sifat-Nya dan di

dalam mana-mana perbuatan dan perbuatan-perbuatan-Nya, maka
seharusnya ia merujukkan maksud ungkapan ungkapan yang mengelirukan
ini kepada maksud ungkapan-ungkapan pengarangnya yang jelas dan tegas
agar dengan itu hilanglah segala kekeliruan. Apa fikiran anda jika ada orang
membaca perkataan para Hawari — yang masing-masing mempunyai
kedudukan yang tinggi — di dalam al-Qur’an:
ْْ
يَسْتَطِيَُُربَََُّأَهنُيَنزََِّعلَيَنْاﺎمَآِئَدًًمََِّلاسَّمءء

112. Apakah Tuhanmu berkuasa menurunkan kepada kami satu hidangan
dari langit?
(Surah al-Ma’idah)


lalu dia mengulaskan perkataan ini dengan mengatakan bahawa para Hawari
meragui kekuasaan Allah! Apakah ulasannya itu benar?


Tentulah tidak benar sama sekali! Kerana kita mengetahui dari al-
Qur’an dengan penuh keyakinan bahawa para Hawari adalah orang-orang
yang beriman dan seseorang yang beriman sudah tentu tidak akan meragui
kekuasaan Allah. Justeru itu ungkapan para Hawari yang mengelirukan itu
wajib ditakwilkan atau lebih jelas, ungkapan mereka “Apakah Tuhanmu
berkuasa menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit?” seharusnya
ditakwil dengan takwilan yang mengubahkannya dan pengertiannya yang
zahir agar selaras dengan kehendak keyakinan kita terhadap keimanan para
Hawari itu. Begitulah juga halnya dengan ungkapan-ungkapan yang
mengelirukan yang terdapat dalam Tafsir Fl Zilal ketika mentafsirkan Surah
al-Hadid dan Surah al-Ikhlas, di mana ungkapan-ungkapan yang

mengelirukan itu seharusnya ditakwilkan dengan pengertian dan ungkapan-
ungkapan pengarangnya yang jelas dan tegas yang terdapat dalam kitab itu
sendiri, iaitu pengertian yang dapat menolakkan sebarang saranan yang
mengaitkan dengan konsep "وحدوجولاةد" yang salah itu.

Walau bagaimanapun dalam buku yang kami persembahkan pada hari
ini terdapat penerangan yang lebih jelas lagi mengenai persoalan ini dan
menghapuskan sebarang kekeliruan seperti itu. Tersebut di dalam bab”
Uluhiyah dan ‘Ubudiyah (ms. 81):

“Kefahaman Islam secara total memisahkan di antara tabiat Uluhiyah dan
tabiat Ubudiyah dan di antara posisi Uluhiyah dan posisi ‘Ubudiyah dan di antara ciri-ciri Uluhiyah dan ciri-ciri ‘Ubudiyah. Kedua-duanya tidak sama dan tidak
bercampuraduk.”

Dan tersebut dalam bab yang sama (ms. 116):

“Islam menganggap isu tauhid sebagai isu perdana dan isu teragung.
Mentauhidkan Uluhiyah, mengkhususkan Uluhiyah dengan ciri-cirinya kepada Allah
sahaja dan mengakui ciri-ciri Uluhiyah itu hanya terhak kepada Allah sahaja, dan
konsep kesyumulan ‘Ubudiyah itu meliputi segala sesuatu dan segala yang hidup dan
menanggalkan darinya segala ciri Uluhiyah, maka konsepsi tauhid dengan tahap dan
kesyumulan yang sedemikian itulah tauhid yang menjadi tunggak dan teras pertama
Islam.”

Sebagaimana anda lihat itulah ungkapan-ungkapan tauhid yang amat

jelas dan tegas (yang dikemukakan beliau) yang harus diselaras dan
dirujukkan kepadanya apa sahaja ungkapan beliau yang tidak sengaja yang
menimbulkan kekeliruan dan salah faham.

Dan walaupun pernah dikatakan setengah orang bahawa fikiran
Sayyid Quth ialah fikiran Khawarij!

Yang lumrah diketahui umum tentang golongan Khawarij ialah
mereka mengkafirkan orang-orang yang mengerjakan maksiat dan mereka
hanya mengira amalan dan perbuatan yang lahir sahaja tanpa melihat kepada

niat yang menyertainya. Mereka menghukum kafir siapa sahaja yang disukai
mereka semata-mata kerana perbezaan pendapat dan perbezaan perilaku
tanpa merujukkan kepada kaedah-kaedah syara’ mengenai hukum hukum
pendapat dan perilaku itu.

Dalam buku yang ada di tangan kita sekarang iaitu
buku "صتلايﻲهتاموقمو" pembaca dapat menemui satu contoh
pemahaman (beliau) yang jelas dan betul terhadap kaedah-kaedah syara’
yang diambil dari kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w. dalam persoalan
kuasa hakimiy yang menjadi pokok perbincangan.

Ujar Sayyid Qutb dalam bab “Uluhiyyah dan Ubudiyyah (m.s 167)
berhubung dengan tafsiran ayat-ayat dalam Surah an-Nisa’:
ُﻨوْْبمِاﺎُأَنَُّﻬْْآمََأَلمْ َتََإلِىﻰاَّلذِيََيَزْعُُﻤوََأنِزََِإَليََْومَاﺎُأنِزََمنﻦ
ُﻔرُوِْْبِهْكَرُوْْأننيَِقبِْلََُﻳِريُﺪوََأننَيَتَحاآَُمواْ إلِىﻰالطَّاغُوَِِوَقدْ ُأﻣ
ويَرُيُِﺪالشَّيْطَاُُأننُيضَِّلُهمَْضَلاًًَبِعيدًا(60)

60. Tidakkah engkau melihat orang.orang yang mendakwa bahawa mereka
beriman kepada wahyu yang telah diturunkan Allah kepada engkau dan
kepada wahyu yang telah diturunkan sebelum engkau, sedangkan mereka
masih ingin berhakimkan taghut meskipun mereka telah diperintah
supaya mengingkarkannya? Syaitan memang bermaksud untuk
menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.
hingga kepada ayat:

ُﺪوْْفيِِجَُﻬُْْثَّﱠََيَْينََفَََوَربََََِّيؤُمْنِوُنََحتَََُّﻳحَكُِّﻤوََفميِاﺎَشَجََﺑ
ِّلُﻤوَْْتسِْليمًاَأَنُﻔِسِهمْحرَجَاﺎممِّاﺎَقَضيََْوَُﻳﺴ(65)

65. Oleh itu demi Tuhanmu, mereka sebenarnya tidak beriman sehingga
mereka berhakimkan kepadamu dalam perkara-perkara yang telah
dipertikaikan di antara mereka kemudian mereka tidak dapati di dalam
hati mereka sebarang perasaan terkilan terhadap keputusan yang telah
diputuskan engkau dan mereka menerimanya dengan penuh kerelaan.

“Kita berhadapan dengan sekelompok manusia di dalam masyarakat
Islam di negara Islam yang “mendakwa” bahawa mereka telah beriman
kepada perintah yang telah diturunkan kepada Nabi s.a.w. dan kepada
perintah yang telah diturunkan Allah sebelumnya iaitu mereka berkata: Kami
mengaku tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah dan
segala kerasulan adalah benar belaka dan segala syari’at yang dibawa oleh
kerasulan-kerasulan itu adalah benar, dan seterusnya mengaku bahawa
malaikat itu benar, Akhirat itu benar, qadha’ qadar yang baik dan yang buruk
adalah benar. Inilah makna beriman kepada apa yang diturunkan Allah
kepada Rasulullah s.a.w dan apa yang diturunkan Allah sebelumnya dan
mereka mendakwa telah beriman dengan perkara-perkara ini semua.

“Tetapi Allah tidak menerima dakwaan mereka ini dan tidak
menganggapkan dakwaan ini sebagai keimanan, malah Allah melahirkan
kehairanan terhadap sikap dan dakwaan mereka yang seperti ini!

Mengapa? Mengapa Allah tidak menerima dan mengambil kira
dakwaan dan pengakuan ini dari mereka?

“Sebab mereka membuat pengakuan dan dakwaan itu, “sedangkan
mereka masih ingin berhakimkan taghut” bukannya berhakimkan syari’at
Allah dan mereka tidak merujukkan perkara-perkara yang dipertikaikan
mereka kepada Allah dan rasul-Nya. Kata kata “Taghut” mengikut tafsiran
al-Imam ibn Jarir at-Tabani ialah setiap yang menentang Allah dan disembah
selain Allah sama ada dengan paksaan darinya atau dengan keta’atan
sukarela dan orang-orang yang menyembahnya sama ada yang disembahkan
itu manusia atau syaitan atau berhala atau patung atau sesuatu kejadian yang
lain” mereka mahu berhakimkan kepada mana-mana peraturan dan syari’at
taghut ini dan tidak mahu berhakimkan kepada syari’at Allah. Justeru itu
Allah sifatkan mereka sebagai orang-orang yang membuat dakwaan sahaja
bukannya orang-orang yang benar beriman. Dakwaan mereka yang berkata
bahawa mereka beriman kepada wahyu yang diturunkan kepada Nabi s.a.w.
dan kepada wahyu yang diturunkan sebelumnya menunjukkan secara pasti
bahawa pengakuan dengan lidah: Aku mengaku bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah, malaikat itu benar dan
Akhirat itu benar dan seterusnya mengakui seluruh kerasulan itu benar dan
mengaku bahawa qadha’ qadar Allah yang baik dan yang buruk itu benar
adalah tidak diterima Allah dan tidak dikirakannya sebagai syahadat yang
memasukkan orang-orang yang mengucapnya ke dalam Islam dan

memberikan kepadanya sifat Muslimin dan hak terpelihara darah dan harta
mereka apabila syahadat itu disertai keinginan dan kemahuan berhakimkan
kepada syari’at yang lain dan syariat Allah dan kemahuan tidak mahu
merujukkan perkara-perkara yang dipertikaikan mereka dalam mana-mana
urusan kehidupan insaniyah kepada Allah.
Kemudian beliau berkata (ms. 169):
“Dan selepas Allah memutuskan bahawa mereka berdusta di dalam dakwaan
mereka yang mengatakan bahawa mereka telah beriman kepada wahyu yang
diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. dan wahyu yang telah diturunkan kepada rasulrasul
sebelumnya dengan dalil mereka masih ingin berhakimkan taghut sedangkan
mereka telah diperintah supaya mengingkarkannya,” maka kemahuan dan
kecenderungan mereka yang sedemikian rupa itulah yang telah membohongi
pengakuan lisan mereka dan menghapuskan nilainya dan selepas itu Allah
menyifatkan mereka sebagai orang yang bemuka dua
Kemudian beliau berkata pula (m.s. 170):
“Penjelasan akhir dalam m konteks ini merupakan nas yang jelas ( (صريح
yang menetapkan satu-satunya syarat iman yang diungkap dalam salah satu
bentuk penegasan yang amat kuat:
فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّىَ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِي
( أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيمًا ( 65
65. Oleh itu demi Tuhanmu mereka sebenarnya tidak beriman sehingga
mereka berhakimkan kepadamu dalam perkara-perkara yang telah
dipertikaikan di antara mereka kemudian mereka tidak dapati dalam hati
mereka sebarang perasaan terkilan terhadap keputusan yang telah
diputuskan engkau dan mereka menerimanya dengan penuh kerelaan.
(Surah an-Nisa)
Ayat ini merupakan nas yang amat jelas ( صريح ) dan pemutus ( (قاطع
yang tidak memberi sebarang ruang untuk diperdebatkan dan dipertikaikan
di samping tidak memberi sebarang ruang kepada pendapat yang lain
selepasnya, kerana nas ini adalah dan nas yang padu atau utuh ( محكم ) yang
tidak memberi ruang kepada sebarang fikiran setelah ditetapkannya.
Nas ini bertujuan menjelaskan bahawa orang-orang yang mendakwa
beriman kepada wahyu yang telah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dan
wahyu yang diturunkan kepada rasul-rasul sebelumnya iaitu orang-orang
yang berkata: Kami mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan
Muhammad itu Rasulullah, sekalian rasul itu benar, kitab-kitab Allah itu
benar, para malaikat itu benar, hari Akhirat itu benar, qadha’ qadar yang baik
dan yang buruk itu benar mereka yang membuat pengakuan sedemikian jika
masih mempunyai keinginan dan kemahuan untuk berhakimkan kepada
syari’at yang lain daripada syari’at Allah dan sekalipun mereka berhakimkan
syari’at Allah dan sunnah nabi-Nya, tetapi hati mereka tidak bersetuju dan
tidak menerimanya dengan penuh kerelaan, maka perkataan dan pengakuan
mereka tidak diterima dan diambil kira dan mereka tidak termasuk dalam
golongan Muminin dan tidak mendapat sifat keimanan, kerana pengakuan
lisan hanya dipakai dan diambil kira jika tidak disertai keinginan dan
kemahuan untuk berhakimkan kepada yang lain dan syariat Allah dan jika
tidak ditemani perasaan tidak redha dan tidak menerima hukum-hukum
Allah dan rasul dalam mana-mana urusan kehidupan.
Dan akhimya beliau berkata (ms. 177- 178):
“Tetapi apabila isu ini dirujukkan kepada dasarnya iaitu kuasa
hakimiyah dan kuasa memperhambakan manusia dan kuasa menggubalkan
undang-undang, untuk mereka merupakan ciri-ciri utama Uluhiyah yang
tiada seorang pun yang beriman kepada Allah sanggup mendakwa dan
mengaku mempunyai ciri-ciri itu. Dan orang yang mendakwa mempunyai
kuasa hakimiyah dan kuasa memperhambakan manusia dengan undang
undang yang digubalkannya bererti mendakwa mempunyai ciri uluhiyah
dan sesiapa yang turut mengakurkan dakwaannya atau berhakimkan kepada
undang-undang yang digubalkan dan hasil pemikirannya sendiri untuk
orang ramai — kecuali Ia dipaksa menerima undang-undang itu sedangkan
hatinya tidak sukakannya atau ia menentang dengan kuasa yang ada
padanya atau menentang dengan lidah atau dengan hatinya— maka bererti Ia
mengakurkan orang itu sebagai mempunyai ciri Uluhiyah dan seterusnya
sesiapa yang menolak berhakimkan kepada syari’at Allah dalam segala
urusan kehidupan bererti menolak pengakuan terhadap Uluhiyah Allah
S.W.T walau dalam mana-mana aspek alam ini iaitu aspek kehidupan
manusia dan sesiapa yang turut mengakurkan penolakannya bererti ia turut
berkongsi menolak Uluhiyah Allah S.W.T. dalam aspek ini dan sesiapa yang
menolak Uluhiyah Allah tidak boleh disifatkan sebagai seorang Muslim
walaupun ia mendakwa dengan lisannya selama dakwaannya itu disertai
dengan sesuatu perbuatan yang membatalkan erti dakwaannya, iaitu
keinginan dan kemahuannya untuk berhakimkan taghut tanpa berhakimkan
syari’at Allah apatah lagi perbuatan berhakimkan taghut dan tidak
berhakimkan undang-undang yang diturunkan Allah.
“Kami berkata dengan merujukkan kepada dasar-dasar yang
ditetapkan oleh nas-nas al-Quran yang jelas atau soreh ini bukannya
menunjukkan kepada mafhum-mafhum yang diambil darinya, maka
penjelasan yang lain tidak lagi diperlukan dan tidak ada lagi ruang untuk
perdebatan yang serius kecuali perdebatan untuk menegakkan benang basah
yang tidak wajar dihormati!”
Dari nas-nas yang kami terangkan dengan panjang lebar ini jelas
ternyata bahawa perbuatan mengkafirkan seseorang dalam persoalan yang
bergantung dengan isu hakimiyah itu adalah disyaratkan dengan wujudnya
keinginan dan kemahuan hendak berhakimkan Taghut dan wujudnya
keredhaan terhadap undang-undang yang lain dan undang-undang Allah.
Inilah pendapat yang disepakati oleh para ulama’ Islam di seluruh negeri dan
di seluruh zaman terutama para ulama’ salaf dan umat Muslimin. Allah
cucurkan keredhaan-Nya ke atas mereka.
Adapun untuk menghukum generasi Muslimin sekarang ini apakah
mereka mempunyai keinginan untuk berhakimkan taghut dan redha dengan
syari’at yang lain dari syariat Allah atau kemahuan dan keredhaan yang
sedemikian belum lagi wujud dengan sempurna di kalangan mereka maka ia
merupakan satu persoalan yang mungkin menimbulkan pandangan yang
berbeza-beza tetapi yang menjadi asas pertimbangan bukannya perbezaan
pandangan, malah yang menjadi asas pertimbangan ialah dengan mengguna
dasar-dasar syar’iyyah di mana ditegakkan hukum-hukum Islam.
Dan walaupun saudara saya pernah dituduh bahwa beliau
menampilkan da’wahnya dengan cara yang bertentangan dengan perintah
Allah yang menyuruh berda’wah dengan menggunakan cara hikmat dan
nasihat yang baik serta menggunakan kata-kata yang lemah-lembut!
Ramai orang memahami bahawa di antara maksud menggunakan
methodologi hikmat dan nasihat yang baik itu ialah menepuk-nepuk bahu
orang-orang yang melakukan kesalahan-kesalahan dan penyelewenganpenyelewengan
dan tidak menghadapi mereka secara tegas kerana bimbang
mereka akan lari dari da’wah dan enggan memberi sambutan kepadanya.
Dan manakah mereka membawa pemahaman ini terhadap maksud arahan
Rabbani yang mulia ini?
Apakah di sana ada orang yang lebih faham terhadap maksud arahan
yang mulia ini dari para rasul yang dihadapkan arahan ini kepada mereka?
Bagaimanakah Rasulullah s.a.w memahami arahan Allah yang diturunkan
kepadanya supaya menyeru manusia ke jalan Allah dengan menggunakan
methodologi hikmat dan pengajaran yang baik? Bagaimanakah Musa dan
Harun as. memahami arahan Allah supaya berbicara dengan Fir’aun dengan
kata-kata yang lemah-lembut ( قولالنا ) agar baginda menerima pengajaran atau
takut kepada Allah?
Rasulullah s.a.w telah bertindak menyampaikan da’wah sebagaimana
yang diperintahkan Allah kepadanya lalu kaum Quraysy bersungut: Ia telah
mencela tuhan tuhan kami, membodoh-bodohkan minda kami dan
mengkafirkan bapa-bapa dan datuk datuk nenek kami.
Sedangkan Musa dan Harun as. telah memulakan da’wah mereka
dengan berkata kepada Fir’aun selarnat sejahtera ke atas orang yang
mengikut hidayat " السلام من اتنع ” .Mereka tidak berkata kepada Fir’aun:
Selamat sejahtera ke atas anda, kerana dalam ungkapan tadi terdapat saranan
yang jelas bahawa Fir’aun tidak mengikut hidayat. Kemudian mereka iringi
dengan penjelasan:

( إِنَّا قَدْ أُوحِيَ إِلَيْنَا أَنَّ الْعَذَابَ عَلَى مَن آَذَّبَ وَتَوَلَّى ( 48

48. “Sesungguhnya telah diwahyukan Allah kepada kami bahawa azab
(Allah) akan ditimpakan ke atas seseorang yang mendusta dan berpaling
(dari hidayat). “
(Surah Taha)
Dalam kata-kata ini terdapat ancaman yang terus-terang terhadap
Fir’aun dan kaumnya bahawa azab sedang menunggu mereka jika mereka
mendustakan keduanya dan berpaling dan kebenaran yang dibentangkan
keduanya kepada mereka. Inilah bentuk “kata-kata yang lemah-lembut” yang
diperintahkan Allah kepada keduanya supaya ditujukannya kepada Fir’aun.
Berda’wah dengan lemah-lembut memang wajib, iaitu berlemahlembut
untuk melahirkan kebenaran bukannya berlemah-lembut untuk
menyembunyikan kebenaran! Perbuatan yang akhir inilah yang diterangkan
Allah kepada nabi-Nya.
( وَدُّوا لَوْ تُدْهِنُ فَيُدْهِنُونَ ( 9
9. “Mereka suka jika engkau bersikap lunak, mereka juga suka bersikap
lunak. “
(Surah al-Qalam)
Sayyid Qutb tidak pernah mengatakan kepada seseorang: Awak kafir!
Malah apa yang selalu dikatakan beliau: Keimanan itu mempunyai ciri-ciri
yang tertentu yang diterangkan dalam kitab Allah dan sunnah Rasul. Begitu
juga kekufuran mempunyai ciri ciri yang diterangkan dalam kitab Allah dan
sunnah Rasul. Justeru itu sesiapa yang mendapati ciri-ciri keimanan pada
dirinya, maka hendaklah ia bersyukur kepada Allah terhadap ni’mat yang
telah dikurniakan kepadanya dan sesiapa yang mendapati pada dirinya ciriciri
sebaliknya, maka hendaklah Ia bertaubat kepada Allah dan
membersihkan diri dan ciri-ciri yang mengeluarkannya dan keimanan. ltulah
maksud menggunakan methodologi hikmat dan nasihat yang baik untuk
menghadapi situasi-situasi manusia yang berada dalam keadaan tersisih yang
dihayati Islam pada hari ini. Itulah keadaan tersisih yang diisyaratkan
Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadithnya.
بدأالسلام غريباوسيودغريباآمابدأقطوبي للغرباء
“Islam bermula dengan keadaan tersisih dan akan kembali kepada
keadaan tersisih sebagaimana mulanya. Justeru itu Syurgalah balasannya
kepada orang-orang yang tersisih.”
(Hadith ini dikeluarkan oleh Muslim)
Kami harap mendapat taufiq dan Allah.



Muhammad Qutb.

Berikut Karya-Karya Sayyid Qutb dalam Tafsir Fi Zilail Quran :

Link to download.

http://www.ziddu.com/download/9475351/068Al-Qalam.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475350/061As-Saff.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475349/067Al-Mulk.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475348/064At-Taghabun.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475347/063Al-Munafiqun.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475346/062Al-Jumuat.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475345/060Al-Mumtahanah.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475344/040Ghafir28-55.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475343/036Yaasin20-32.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475342/069Al-Haqqah.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475099/003Ali-Imran21-32.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475098/001Al-Fatihah.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475097/005Al-Maidah78-81.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475096/004An-Nisa58-70 .pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475095/031Lukman13-19.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475094/033Al-Ahzab21-40.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475093/017Al-Isra22-37.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475092/034Saba15-21.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475091/002Al-Baqarah142-150208-209.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475090/007Al-Araf161-167.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475821/075Al-Qiamat.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475822/074Al-Muddaththir.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475823/076Al-Insan.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475824/077Al-Mursalat.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475825/070Al-Maaarij.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475826/079An-Naaziaat.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475827/071Nuh.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475828/078An-Naba.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475829/072Al-Jinn.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475830/073Al-Muzzammil.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475962/083Al-Mutaffifin.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475963/084Al-Insyiqaq.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475964/082Al-Infitar.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475965/081At-Takwir.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475966/087Al-Ala.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475967/085Al-Buruj.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475968/089Al-Fajr.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475969/088Al-Ghasyiyah.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475970/086At-Tariq.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9475971/080Abasa.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477755/097Al-Qadr.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477754/094Al-Insyirah.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477753/096Al-Alaq.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477752/099Az-Zalzalah.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477751/090Al-Balad.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477750/092Al-Layl.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477749/093Adh-dhuha.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477748/091Asy-Syams.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477747/095At-Tin.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477746/098Al-Bayyinah.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477794/105Al-Fiil.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477795/099Az-Zalzalah.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477796/107Al-Maun.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477797/106Quraisy.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477798/108Al-Kauthar.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477799/102At-Takathur.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477800/100Al-Adiyat.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477801/103Al-Asr.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477802/101Al-Qariah.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477803/104Al-Humazah.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477832/109Al-Kafirun.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477833/114Annas.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477834/111Al-Masad.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477835/TafsirFiZilal-SayyidQutub.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477836/113Al-Falaq.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/9477837/112Al-Ikhlas.pdf.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar